Saturday, August 29, 2009

Hantaran Al-Quran

Gambar hiasan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi , yang ni lagi best , ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh , kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah , nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca , pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu , tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan , dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah , pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh , baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik , pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh , sebelum tu , saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah , ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh , ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana , mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kal imah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil , cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil , kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.



“Tinggi mana pun kamu belajar , tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya , ayatnya tetap sama , kedudukannya tidak sama. Malah , ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil , kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari , membacanya , menghafalnya , mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya , kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.



Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya , Nabil.

(Source : fwd email)

Saturday, August 1, 2009

List for engagement

Erm...I'm trying to improve the list from my a year plus a go simple engagement...

It was given from ibu farah and I try to add here and there...

So here is the very-basis engagement checklist, checklist tunang, dan sewaktu dgnnya ~ yes if you want to copy from here saya amat berbesar hati jika anda inform di sini...

1. tarikh dan waktu
2. cincin
3. hantaran (jika ada)
- brg hantaran
- hiasan
- dulang
- lapik dulang (4bende jek…)
4. baju plus makeup
5. decoration bilik/ tempat sarung cincin
6. jamuan..makan2
7. jurucakap
8. fotografi

On top of it some tips that you might need to consider

1. Please consider family + adat
- risik + tunang..or only tunang...
- consider also about ring....~sebentuk atau dua....some even not prefer engagement ring with stone..only belah rotan....
- hantaran (tunang + kawen) or only on engagement
- I think it is the best if you can have some talk with ur family and bakal-tunang...esp when it comes to mas kahwin, wang hantaran dan tempoh pertunangan...maybe bakal tunang anda tidak mampu memberikan wang hantaran lima angka, so this is the purpose of having some early discussion....~yes on the engagement also will be some discussion but I think at least the general idea is there..

2. Save or spend?....yes nowadays trends seems so high cost because with the fresh flower, photographer, mini dais, canopy and so on...of course the vendor will try to persuade you to have their services (remember they are doing business, no job no $$$)...so try to stick to ur own budget...I believe that the best thing is to do it on simple way and stick to your own budget

Till we meet again....still on engagement topic - how to save $$$

Sunday, July 26, 2009

Perlukah pandai memasak untk kahwin?

Ok...here is the topic..

Girls..do you how to cook?

How do you rate your cooking?

Yes..sometimes it is hard to answer how smart u r with the kitchen...

Perlukah pandai memasak untk kahwin? Most of the time kdg2 kita terdengar saudara mara bercerita bahawa di awal perkahwinan mereka tidak tahu memasak..tetapi stlh berkahwin selama 10-20 tahun memasak bukanlah satu masalah yang besar..

Ya... apakah rahsianya dr 0 kepada tukang-masak keluarga?...saya kira semangat, keinginan mencuba, tidak kenal putus asa dgn segala masakan-tidak-menjadi.Dan seterusnya segala jenis percubaan hinggalah berjaya menghidangkan seisi keluarga hidangan istimewa

Pada pandangan saya "practice makes perfect..." ye kita harus rajin ke dapur mencuba...mgkn percubaan pertama kurang berjaya..tidak mengapa...teruskan usaha hingga anda menemui resepi yg perfect bg tekak anda dan keluarga

Saya kira ilmu memasak ini luas, sprti ilmu2 lain juga....ada yg handal lauk-pauk, tetapi kurang mahir membuat kek, kuih muih.Hey, barangkali kamu berbakat di situ, tetapi tidak bg kuih muih, bukan salah kamu...kerana sy percaya di zaman universiti sendiri anda mengambil satu pengkhususan sahaja betul-kan? maka saya kira jika tidak multi-talented tukang masak pun tidak mengapa...

Berbalik pula persediaan sblm kahwin.Saya kira tidak salah bg yg sibuk2 hendak berkahwin meluangkan sedikit masa untk mengasah sedikit bakat memasak anda.Sekarang sudah dikira mudah untk memasak...anda tidak perlu menghabiskan masa berjam2 hanya untk menyediakn bahan2 untuk memasak..dengan segala teknologi spt blender maka tidaklah perlu anda menggiling lada...malah anda tidak perlu susah-payah memotong ayam kerana di pasar2, pasar malam dsb, perkhidmatan memotong ayam disediakan tanpa charge..Nah bagaimana lagi? bukanlah semakin mudah hidup anda

Saya kira perkara2 asas ilmu memasak yg mungkin anda perlu ialah semangat..ye kenapa semangat? kerana ada yg melihat ikan tetapi lemah semangat hendak menyiangnya..kerana takut barangkali? Hello ikan itu sudahpun tiada nyawa...saiznya pun mgkn hanya kecil saja....

Perkara asas seperti memotong bawang, sayur, ikan dan menggoreng, menumis...dan juga mengenali serba sedikit bahan2 dapur..kunyit, halia, bunga lawang dsb.....selebihnya saya kira anda akan pelajari secara perlahan2. Lagipun perkahwinan adalah pembelajaran seumur hidup, jua begitulah bagi ilmu memasak

Memasak juga boleh menjimatkan. Lihat saja seketul ayam sudah RM2.50 sedangkan seekor ayam dlm RM15 anda boleh makan sepuas2nya...bukan setakat goreng, rendang, gulai, dsb. Oh ya saya kira anda masih perlu tahu memasak walaupun anda mempunyai bibik, kerana sy kira tidak semua bibik pandai memasak (kerana kbnykakn mereka berasal dr keluarga yg susah malah lauk ayam itu sudah dikira amat mewah)..Maka anda masih lagi perlu mengajar bibik anda...~ mgkn ada kala lebih mudah anda masak, drpd mengajar bukan .Dan juga anda perlu memasak kerana sanggupkah anda dan suami juga anak2 makan di luar sahaja? Sekali sekala mgkn tidak mengapa tetapi jika hari2 bagaimana? Dapatkah anda mematikan kebersihannya? bagaimana pula bahan2nya? (MSG? halal haram bahan2)

Notakaki : buat yg masih ada emak/ibu atau apa jua panggilan...anda amat beruntung kerana anda masih tidak terlambat belajar dan juga mewarisi resepi istimewa keluarga. Sehingga kini saya masih terkilan kerana tidak sempat belajar lebih banyak ilmu memasak drpd arwah emak..lebih2 lagi kuih bangkit santan.Cuma barangkali saya masih berpeluang belajar dr emak mertua resepi kegemaran suami...

Sunday, July 12, 2009

Bertunang atau tidak?

bila dh start keje soklan std/ or bila kwn2 sebaya stat kawen...sudah keje? sudah ada bf? bila mau engage?
lps engage soklan lain plak bila mau kawen?
lps kawen soklan lain plak bila mau ada baby?
lps dpt satu org tnya bila lagi nk tambah adik?

huhu that' s life...nowadays trend ramai yg tunang on d same day nikah..
tunang 2 jam jer..sbb katanya xle bnyk dugaan..n maybe jugak nk jimat kos...

hukum tunang tu sunat..dan dlm tempoh pertunangan itulah kita dpt berkenal2 kenalan dgn pasangan dan keluarga... (tapi klu tunang 2 jam je mana sempat nk kenal..tu namanya just ikut2 org lain..nk gak bertunang..huhu...just my opinion)

so yg masih terfikir2 untk bertunang atau tidak..blh2 la rujuk bnyk website..yang sempat sy baca adalah di sini dan di sana (hukum bertunang, tempoh bertunang, hukum menghebahkan pertunangan dsb)...Wallahuaklam...

Thursday, July 9, 2009

Ke-mana bakal pengantin boleh pergi hujung minggu ini

1. Ekspo Perkahwinan
   Amcorp Mall
   10-12 July 2009
   10 am - 10 pm
   http://ekspoperkahwinan.kahwinmall.com/ 

2. 9th KL Wedding Expo 2009 ~ not sure this will be mix up with other races
     Hall 3 , Mid Valley
     10-12 July 2009
     http://www.midvalley.com.my/store/exhibition/tenants/mvec/mvec2.html

3. Promosi Kerja Kahwin 2009
    Kompleks Kraf Jalan Conlay, KL
     4 - 13 July 2009
    10 am - 10 pm

Wednesday, July 8, 2009

Kenapa masih belum berumahtangga lagi?

Walaupun blog ini lebih kepada kawen2....xsalah juga post benda2 yang masih berkaitan "isu kenapa tak kahwin lagi?"...


Mungkin anda pernah diajukan soalan , "kenapa masih belum berumahtangga lagi?" Jawapan yang lazim diberi adalah, "Tidak ada jodoh lagi.." Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, "Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, "Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya."

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan "sesuatu yang terbaik", kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan "sesuatu yang terbaik" kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, "kenapa masih belum berumahtangga lagi?", jawapan yang sesuai adalah, "semua ini adalah rahmat Allah."

p/s :ini sedutan emel fwd2..


Saturday, July 4, 2009

Introduction

I know I'm not very super-seyes-detailed for my wedding

I know I could not afford super-duper-glam-fairy-tale-to-reality wedding

I know that I do not have any fresh flowers, huge diamong ring with perfect cut, great dresses, perfect honeymoon....and so on..for my wedding

BUT
I know that at least I do not eat Maggi after wedding (except mee goreng mamak, dan kadg2 teringin sgt nk makan megi =p )

I know I do not have debts $$$ from the wedding-shopping..even credit card co. increased the limit a few months before getting married for the good reputation of payment..(uppss...I have housing loan..unless I am milllionaire then can pay cash immediately)

I know at least I managed to handle my wedding (this one is serious...almost sume ader cop mohor-air tangan kerana sy sdiri tampal kertas mahjong atas meja, pacak penunjuk jalan di tgh malam, buying dishwasher, teh, kopi, tisu..and so on..) Alhamdulillah..praise to Allah for kesihatan yg baik dan juga keluarga, jiran2, saudara mara yg sudi membantu mana2 yg patut..
And hereby, I will write anything related to wedding...wedding budget, pening nak kahwin, wedding checklist, pelamin and so on.....this is dedicated for bride-to-be...but of course not limited for them but also anyone can read =) Guys also can read ok?


...I would like to stress out here that I don't mean to hurt anyone from my writing, it just a blog ...yes a blog, which I write from my observation ~ sdgkan artis tak dapat puaskan hati sume fans inikan sy insan biasa kan?
One more thing, this does not meant that I will do not write in my primary blog...It still remain my priority..and I still believe you will need to read my primary blog because I write about life after marriage....curtain, kitchen cabinet, cooking and so on...





Stay tune =)
sblm terlupa, promosi kerja kahwin 2009 berlangsung di Kompleks Kraf KL Jalan Conlay from 4 to 13 July 2009...
so bride-to-be hurry up grab the ideas, or anything